Sugawara no Michizane
Sugawara no Michizane

Sugawara no Michizane

Sugawara no Michizane (菅原 道真/菅原 道眞, juga Kan Shōjō (菅丞相) atau Kanke (菅家), 1 Ogos 845 – 26 Mac 903) merupakan seorang penyajak dan pegawai kerajaan Jepun pada zaman Heian.Beliau dikenali atas kemahirannya berkarya sajak baik dalam bahasa Cina mahupun dalam bahasa Jepun. Beliau dipuja dalam kepercayaan Shinto sebagai dewa pengajaran dan ilmu pengetahuan dengan gelaran Tenjin (天神) atau Tenman (天満).